Sunday 11 March 2012

Jangan benci, nanti sayang

*Flashback*

Teringat pertama kali aku jejak kaki di sini. Semangat tak payah cakap, tinggi segunung, berkobar lah konon. Harapan mama papa, hmm, tak payah sebut lah. Beribu sanggup laburkan untuk anak yang sorang ni dengan harapan bakal menyarung jubah putih satu saat nanti. Bila kenang balik, entah kenapa, aku semacam takut. Takut diorang akan terluka. Bukan aku menyerah, bukan aku tak percaya kebolehan diri. Cuma, kita hanya mampu merancang, Dia yang tentukan. Rezeki aku, hidup aku, jodoh aku. Aku cuma mampu usaha tanpa mengalah. Lagi takut bila seluruh keluarga, menaruh harapan. Menjadikan aku contoh buat anak anak diorang. Berat kepala ni bila fikir.

Seingat aku, aku tercampak di kalangan budak fizikal. Aku belek satu per satu muka jejaka dalam kalangan kelas aku. Boleh tahan. Tapi ada satu jejaka ni, macam curi sikit perhatian aku. Mata dia redup. Sepetnya. Rambut tak sampai seinchi seingat aku. Kurus melidi. Tinggi. Muka manis je, entah kenapa sedap mata aku nak pandang wajah dia. Seminggu jugak lah tercari wajah tu. Nama dia sering aku sebut. Keinginan nak tahu lebih pasal dia, seakan membuak. Seperti aku jangka, nama dia pasti disebut. Mula mula orang cakap yang baik baik je. Tapi lama kelamaan, timbul cerita buaya pasal first crush aku ni. Kaki perempuan, mata keranjang, layan perempuan kiri kanan, tabur harapan palsu. Aku takut untuk terus mengagumi. Langsung aku matikan hasrat untuk mengenali. Timbul pula satu perasaan tak suka bila terlihat kelibat si jejaka. Satu perasaan seakan benci, meluat, menyampah. Entah kenapa. Bila terfikir kembali, layak kah aku untuk membenci dia yang tak punya salah sebesar kuman pun dengan aku? Tapi, hati ni terus kata tak suka. Kalau boleh nak mengelak tapi dah kami kongsi satu sahabat, susah lah nak mengelak. Terpaksa lah buat biasa. Lama juga kami begitu sampai lama lama aku dah tak kisah. Perasaan benci semua mula hilang. Tapi tak bermakna sayang, cuma biasa biasa saja. Satu hari ni, aku berhijab ke kelas agama. Entah kenapa mata dia tak lari dari melihat aku. Janggal. Tiba tiba satu mesej masuk. Nombor tak dikenali. Cakap aku comel berhijab. Benarkah? Malu sikit lah masa tu. Orang puji depan depan, muka naik merah. Ada satu masa lagi, terserempak depan bilik jpp, si dia mulakan bicara "Kalau has pakai tudung, haziq amik jadi girlf" seingat aku serupa ni lah dialognya. Aku membalas "Nasib baik aku tak pakai tudung. Bye" Perasaan meluat tu masih ada lagi rupanya.

Sampai satu masa, aku sudah berpunya. Perlahan aku mengundur dari persahabatan mereka. Bukan menyombong tapi ada alasannya. Biarlah hanya aku yang tahu. Dalam masa aku masih berpunya, si jejaka mula menghantar pesanan. Mula mula biasa saja. Aku pun layan nak tak nak. Setia lah konon. Bodoh sebenarnya. Sampai satu saat si dia meluah perasaan. Aku terkejut, rasa nafas tersekat. Dia tahu aku sudah berpunya. Untuk apa melamar? Mahu menguji kesetiaan aku kah? Atau memang letak harapan untuk aku berpaling tadah? Bingung dibuatnya. Aku tolak lembut. Maaf, aku setia. Bukan jenis aku untuk melukakan perasaan manusia yang ku sangka setia. Bodohnya aku. Menolak emas demi menjaga batu yang tak kenang budi. Beberapa bulan lepas tu, aku ditinggalkan. Merana juga lah berbulan. Bengkak juga lah mata ni muntah kan air. Aku menyesal atas segalanya. Segala yang dah aku pertaruhkan. Aku menyesal.

Saat si dia tahu aku terluka, aku kini bersendirian, berani dia datang menyentuh hati yang pecah hancur berkecai. Aku terkejut untuk sekian kalinya. Ada lagi mamat ni? Tak mengalah lagi rupanya. Hati aku terusik sikit lihat gelagat dia. Pelik lah dia ni. Punya ramai gadis manis lagi ayu, aku yang sekasar alam ni juga yang dia perhati. Normal ke mamat ni? 30 Julai 2011, kami mula berpasangan. Entah kenapa aku setuju. Mula mula tak plan nak bagi jawapan apa. Semua bergantung pada cara dan reaksi dia menutur kata. Kelihatan jujur dan polos, aku terus setuju. Wow, beraninya pertaruhkan hati untuk kali kedua? Bukan apa, cuma tak mahu terbelangu dengan kisah lama. Hidup kena diteruskan. Sampai bila aku nak berkabung. Mungkin aku patut cuba cari kebahagiaan baru.

Mula mula susah ya amat untuk aku terima. Beribu suara menghasut, minta aku permainkan dia. Ya Allah, setaknak aku pun dengan seseorang, tak lah sampai permainkan hati. Dosa. Karma tu ada, ingat. Dua minggu lepas tu, aku tak mampu nak bohong lagi. Perasaan tu susah nak datang, atau aku yang takut terlebih. Iya lah, siapa tak takut bila seribu suara menghasut. Aku putus kan ikatan yang baru terbina. Aku fikir dia tak lah terluka, sebab ikatan pun masih lagi lemah. Tapi sangkaan aku meleset. Dia terus hilang arah. Denar cerita termenung masam muka. Terbit sikit rasa bersalah. Tapi aku tak boleh patah balik. Keputusan dah muktamad. Sehari lepas tu dia kembali sini, tercari aku yang sibuk berlatih di dewan. Sekali lagi, aku terkejut. Dia terus terpa tak bagi salam tak bagi apa. Luahkan betapa terkilannya dia saat aku nak akhiri semua. Aku kata siapa lah aku, tak layak pun dengan dia. Aku ada sejarah hitam. Aku bukan lah gadis yang baik dulunya. Tapi dia tetap berkeras. Berjanji akan lindungi aku dari caci maki mereka yang berhati batu. Aku terharu. Entah kenapa kami bersatu kembali. Hati ni seakan susah nak tolak. Bukan kasihan tapi ada satu perasaan aneh yang suruh aku cuba percaya nurani si dia.

Kalau nak ungkap onak duri selama tujuh bulan, aku rasa tak cukup lembaran dah blog aku ni. Saat rasa sayang aku ni mula bercambah. Saat saat bahagia kami bersama. Terlalu banyak untuk ditintakan di sini. Mula ada rasa cemburu yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Saat kami bertengkar, aku marah tengking sana sini, dia sabar je layan kerenah aku. Saat aku mula rasa nak mengalah, si dia masih teguh berdiri. Saat aku dah start nak menyinga, ada saja cara dia nak redakan segalanya. Aku kagum. Mungkin belum cukup kesungguhan yang dia tunjukkan, tapi aku masih tunggu kejutan yang bakal hadir dari si dia. Satu aku minta. Terima aku seadanya. Selalu aku utarakan, aku baran. Marah melenting tak tentu pasal. Ada saja objek yang nak ditendang. Tapi, jujurnya, itu semua nak tutup kelemahan ku. Dan, itu adalah aku. Dah ramai yang mengalah. Aku harap si dia tidak akan sekali. Kerana sekali kau pergi, selamanya lah kau akan hilang dari mata ini. Harapan aku cuma satu, semoga kau lah yang terakhir untukku. Sayang aku sampai kau lelap mata dari dunia ni. Jangan sekali kau lepas kan aku walau aku cuba untuk lari. Peluk erat, genggam jemari halus ini sekuatnya. Seolah hari esok tiada lagi. Aku janji satu perkara, aku takkan pernah pergi walau seribu kali ku luahkan. Hati ini punya kau seorang. Hanya Mohamad Haziq bin Ya'akob Tiada yang lain.

.......
 
Selamanya akan aku sayang dia seorang.

8 comments:

  1. bile baca hati ni bole rase ape yg hass nk sampaikan. semoga hass bahagia sentiase dgn haziq tersayang :')

    ReplyDelete
  2. Thanks sangat sangat dyana :') semoga awak bahagia selalu jugak :)

    ReplyDelete
  3. Sangat-sangat sweet :) May Allah bless your relationship , amin .

    ReplyDelete
  4. Okay BM kau agak hebak disini. Huehue :p Tapi so sweettt :D

    ReplyDelete
  5. Salam. I'm one of ur followers. Suka baca blog akak. From your first entry, sampai this entry. Macam bagi strength pun ada kadang-kadang. :)

    p/s: Let me be a stranger that always read your post. Hope akak don't mind eh? :)

    ReplyDelete
  6. Aisyah : Aku bakal mengganti A. Samad Said kelak. Muhehehehe :D

    Nazihah : :) Thanks! eh, i dont mind la. u can read and copy it if u want to. Thanks again! :)

    ReplyDelete
  7. nice story...!!sy suka tgk korang msa mtrik dlu..smoga bhagia selalu...^^

    ReplyDelete