Thursday 13 September 2012

My bad but..

Maaf buat kau terjebak. Tak sangka pulak kena yang itu. Niatku pada asalnya cuma nak lihat kau berjaya. Buat pilihan yang tepat. Namun, bila ini jadinya aku rasa bersalah. Mungkin kerana paksaan ku buat kau memilih jalan ni. Yang sememangnya bukan jiwamu. Tapi aku yakin, semuanya telah disusun dengan rapi. Semua yang terjadi atas kehendakNya. Setiap yang Dia tentukan pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu lalui jalan ni dengan usaha dan tekad. Janji aku, akan sentiasa berada disisimu. Beri sokongan tak kira waktu, menjadi tulang belakangmu setiap saat, mendukung segala cita cita dan semangatmu. Tidak sekali aku akan berpaling walau seribu kali aku utarakan. Mari hulur jari jemari kau, agar aku dapat sambut tika kau suka tika kau duka. Percaya lah, kita pasti berjaya menggenggam segulung ijazah.

ps: Cinta kamu sampai nafas terakhirku.

No comments:

Post a Comment