Thursday 14 June 2012

Aku mahu.

Lihat saja wajah manisnya.








Ya,

Memang aku tidak pasti apa yang Tuhan hidangkan untuk aku esok. Dan aku tidak pasti hidup berdua tu bagaimana sebenarnya. Kalau hidup itu seksa, biar aku lapah seksa itu dengan dia. Kalau hidup itu indah, biar aku nikmati keindahan itu dengan dia. Kalau aku jadi buruk, biar aku buruk dengan dia. Kalau dia perengus, biar aku hadap rengus dia.

Aku tidak pasti bahagia ini takat mana.

Tapi dalam tiap tapak kaki aku memanjat mencarinya.

Dan dalam tiap gelak, tiap senyum, tiap tangis, tiap marah, tiap sakit, tiap payah, aku mahu dengan dia.

Aku pasti aku mahu dia ada,

hari ini, esok, lusa, dan hari hari seterusnya.

1 comment: